Wednesday, 10 April 2013

Dapat MC weyhh.. *selak rambut ke belakang

Assalamualaikum.

jangan terkejut plak tetiba aku update blog yg dah berhabuk 5 inci ni.

tetiba datang kuss semangat rajin aku update. maka aku coretkan apa yang terlintas di fikiran aku.

sebenarnya merujuk kepada tajuk di atas, memang benar dan saling berkaitan. aku dapat MC hari ni. weeehuuu! seronok betul rasa.

sebenarnya dalam 2-3 hari ni aku rasa mcm susah nak bernafas. rasa something tersekat kat celah kerongkong. takut jugak kot2 aku ada tercekik katak ke apa. tapi bila difikir-fikirkan, tak da plak aku makan mana-mana katak untuk dibuat hidangan.

pada pendapat aku, maybe aku gastrik.

so pagi tadi sebelum gi office aku singgah gi klinik jap. jumpa doc, dia tanya apa masalah?

muka seposen aku jawab, sakit dada. dan rasa sukar nak bernafas. lepas tu doc check tekak aku, merah katanya. cek denyutan jantung, berdegup laju.

tau tak doc cakap aku kenapa?

dia kata aku stress.

wakakaka..

rasa nak gelak guling2.

aku rasa aku happy dengan kehidupan aku. tapi kadang-kadang memang aku tak sedar, bila terjadi something dan aku terlalu memikirkannya, boleh buat aku stress. tanpa aku sedari.

so, doc bagi aku rehat satu hari suntuk. dia suh aku duk umah. buat kerja yang ringan-ringan je. makan aiskrim, makan coklat.. dan jangan fikir apa2..

haha

time-time macam ni lah aku rasa nak gi bercuti sakan. nak pi mandi laut ke apa. haha.. gelak lagi.

tak sangka aku boleh jadi seorang yang stress..

**sebenarnya ya. benar kata doc tu. mungkin stress sebab pikir nak kawen ni kot**

cari kedai buat Hard Cover Binding Thesis satu hari siap!

berikut adalah merupakan entry aku di dalam blog yang lepas bertarikh 21 Mei 2011. tapi skang blog tu dah tak ada lg. tp entrynya aku ulang tayang semula bagi membantu adik2 yang suka buat kerja last minute, dan suka benda murah lagi cepat. sama. SEPERTI AKU.

so, aku copy paste je entry dulu aku bawak masuk sini.

Alhamdulillah, segalanya sudah selesai dan selamat, Insyallah..

secara ringkasnya, banyak perkara berlaku akhir-akhir ni dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat.

termasuklah dari saye dah habis belajar, buat tesis, submit assignment dan tesis, exam dan baru-baru ni mak abah dan adik baru sahaja balik dari mengerjakan umrah. syukur, semuanya selamat. Alhamdulillah, ya Allah..

*******

untuk pengetahuan semua, saye nak kongsi pada sesiapa yang tak tahu lagi dan pada yang dah tahu, tak pe untuk ingatan balik lah.. =)

ok, baru-baru ni cik khalidah perlu membuat hard cover binding untuk thesis nya, dan disebabkan saye ni memang jenis manusia alpa dan leka yang suka buat kerja last minute, memang susah la nak dapatkan kedai yang mampu buat hard cover binding dalam masa satu hari je.

sebab kat area shah alam ni, rata-ratanya kedai yang ada buat hard cover binding thesis semuanya ambil masa koman-koman 3 hari dengan harga RM35 paling minimum untuk satu standard size thesis. ada juga yang ambil harga sampai RM80. ni hasil dari penyelidikan saye dan kawan-kawan jugak.

so, memang tak dapat lah nak kedai yang buat hard cover binding ni dalam masa satu hari dengan harga yang murah. ada jugak kedai yang dapat buat satu hari, cuma bayar RM80 la plak. mahal kan?

berpandukan kepada nasihat lecturer saye dan kawan atas kawan ni, saye pun riki line rupa-rupanya ada banyak kedai di area UPM Seri Kembangan yang menawarkan khidmat buat hard cover binding thesis dengan harga yang sangat murah dan jangka masa yang amat lah singkat. lagi laju dari kelajuan cahaya. (tipu)

so, saye pun pergilah ke kedai yang dimaksudkan itu. harga memang terbaik. even kat tempat lain pun tak dapat harga macam tu. disebabkan saye ni memang tengah terdesak nak siap cepat dalam masa satu hari, harga yang dia dapat buat untuk saye ialah RM25 untuk satu jilid. dan saye ada dua buah jilid tesis yang perlu dibuat hard cover. so, harga untuk dua ialah RM50.00 sahaja. Alhamdulillah, sangat berpatutan. dan siap tepat pada masa yang dijanjikan.



sebenarnya boleh kita dapat RM10 je untuk satu tesis, tapi siap dalam masa 3 hari la. kira ok lah tu kan. daripada nak buat kat Shah Alam, satu tesis je dah makan koman-koman RM50. dua tesis dah RM100. siap plak dalam masa 3 hari. berlengas la tunggu. mahal plak tu..

untuk anda yang nak tau mana lokasi kedai-kedai ni, kat area pintu belakang masjid UPM (universiti putra Malaysia), seri kembangan, serdang. kat sini ada banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan hard cover binding ni. boleh pilih dan banding2kan harga mana yang anda berkenan. pilihan di tangan anda.. =)




alamat: blok e, jln 18/14, tmn seri serdang.
View Larger Map

selain dari tu, berdasarkan kepada komen-komen dan reviews orang lain, boleh gak pi kat kedai2 di sini:


  1. kedai kat seksyen 2, MUTIARA DIGITAL @ MD PRIMA SDN BHD..

    Kedai tu paling cepat... RM 18 je 1 hardcover, siap sehari... kalau nak siap 15 minit pun boleh kedai tu
  2. kedai paling cepat untuk wat Thesis Hard Cover , adalah Mutiara Digital @ MD prima.. kedai tu bukak 8am-1am setiap hari..diorang siapkan hardcover 15 minit je, tak tipu.. aku da try.. terkejut betul..rata2 kedai lain 3 hari..


Thursday, 24 January 2013

Mempunyai misi yang besar

bertemu kembali wahai blog.

biarpun kau sudah lama tidak ku hapdet, tp ku gagahkan jua jari jemari menyusun tari di atas key board ini.

minggu ini aku ada misi yang besar. banyak persediaan yang aku dah buat. walaupun tak lah banyak sangat jika nak dilihat dari mata kasar.

aku perlu lakukan misi tersebut.

ianya tak sukar.

tapi sangat perlu.

doakan aku