berikut adalah merupakan entry aku di dalam blog yang lepas bertarikh 21 Mei 2011. tapi skang blog tu dah tak ada lg. tp entrynya aku ulang tayang semula bagi membantu adik2 yang suka buat kerja last minute, dan suka benda murah lagi cepat. sama. SEPERTI AKU.
so, aku copy paste je entry dulu aku bawak masuk sini.
Alhamdulillah, segalanya sudah selesai dan selamat, Insyallah..
secara ringkasnya, banyak perkara berlaku akhir-akhir ni dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat.
termasuklah dari saye dah habis belajar, buat tesis, submit assignment dan tesis, exam dan baru-baru ni mak abah dan adik baru sahaja balik dari mengerjakan umrah. syukur, semuanya selamat. Alhamdulillah, ya Allah..
*******
untuk pengetahuan semua, saye nak kongsi pada sesiapa yang tak tahu lagi dan pada yang dah tahu, tak pe untuk ingatan balik lah.. =)
ok, baru-baru ni cik khalidah perlu membuat hard cover binding untuk thesis nya, dan disebabkan saye ni memang jenis manusia alpa dan leka yang suka buat kerja last minute, memang susah la nak dapatkan kedai yang mampu buat hard cover binding dalam masa satu hari je.
sebab kat area shah alam ni, rata-ratanya kedai yang ada buat hard cover binding thesis semuanya ambil masa koman-koman 3 hari dengan harga RM35 paling minimum untuk satu standard size thesis. ada juga yang ambil harga sampai RM80. ni hasil dari penyelidikan saye dan kawan-kawan jugak.
so, memang tak dapat lah nak kedai yang buat hard cover binding ni dalam masa satu hari dengan harga yang murah. ada jugak kedai yang dapat buat satu hari, cuma bayar RM80 la plak. mahal kan?
berpandukan kepada nasihat lecturer saye dan kawan atas kawan ni, saye pun riki line rupa-rupanya ada banyak kedai di area UPM Seri Kembangan yang menawarkan khidmat buat hard cover binding thesis dengan harga yang sangat murah dan jangka masa yang amat lah singkat. lagi laju dari kelajuan cahaya. (tipu)
so, saye pun pergilah ke kedai yang dimaksudkan itu. harga memang terbaik. even kat tempat lain pun tak dapat harga macam tu. disebabkan saye ni memang tengah terdesak nak siap cepat dalam masa satu hari, harga yang dia dapat buat untuk saye ialah RM25 untuk satu jilid. dan saye ada dua buah jilid tesis yang perlu dibuat hard cover. so, harga untuk dua ialah RM50.00 sahaja. Alhamdulillah, sangat berpatutan. dan siap tepat pada masa yang dijanjikan.
sebenarnya boleh kita dapat RM10 je untuk satu tesis, tapi siap dalam masa 3 hari la. kira ok lah tu kan. daripada nak buat kat Shah Alam, satu tesis je dah makan koman-koman RM50. dua tesis dah RM100. siap plak dalam masa 3 hari. berlengas la tunggu. mahal plak tu..
untuk anda yang nak tau mana lokasi kedai-kedai ni, kat area pintu belakang masjid UPM (universiti putra Malaysia), seri kembangan, serdang. kat sini ada banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan hard cover binding ni. boleh pilih dan banding2kan harga mana yang anda berkenan. pilihan di tangan anda.. =)
alamat: blok e, jln 18/14, tmn seri serdang.
View Larger Map
selain dari tu, berdasarkan kepada komen-komen dan reviews orang lain, boleh gak pi kat kedai2 di sini:
- kedai kat seksyen 2, MUTIARA DIGITAL @ MD PRIMA SDN BHD..
Kedai tu paling cepat... RM 18 je 1 hardcover, siap sehari... kalau nak siap 15 minit pun boleh kedai tu - kedai paling cepat untuk wat Thesis Hard Cover , adalah Mutiara Digital @ MD prima.. kedai tu bukak 8am-1am setiap hari..diorang siapkan hardcover 15 minit je, tak tipu.. aku da try.. terkejut betul..rata2 kedai lain 3 hari..
ade no phone x?
ReplyDeleteSalam, nak tanya. Apa nama kedai yg dekat taman seri serdang tu ek? Lepas tu, caj jilid 2 thesis tu termasuk caj printing ke? Ada no telefon dia tak? Thanks.
ReplyDeletesy pernah jilid thesis di mutiara digital tu. hasilnya sangat2 mengecewakan. sudahlah lambat siap, x kemas langsung buatannya. klu bukan sbb dh byr, sy sedekah je tesis tu. malu nk hantar kt fac. layanan pun kurg memuaskan.
ReplyDeleteAssalam.. nice info! TQ
ReplyDeletekedai MD hasil kualiti sgt kurang memuaskan...pernah kena reject dgn fac sbb tak tepati spesifikasi.
ReplyDeletenasib baik ada kedai yg dpt bantu dengan cepat&memuaskan di seksyen 7 - house of hardcover
sek 7 shah alam ke
Deletetak baik mengata kat kedai MD Suri Ani, saya ada pengalaman kat kedai MD tu...memang kedai MD terlalu busy pada musim thesis UiTM...ada beratus student kat dalam kedai tu... tapi alhamdulillah nasib baik la ada kedai yang boleh buat Hardcover Ekspress macam kedai MD, sempat jugak la student last minute mcm saya ni anta thesis...
ReplyDeleteAwak nak ty kedai dekat upm tu ada lagi ke? Sebab nak pergi lah besok binding thesis
ReplyDeletekedai dekat upm tu wujud xlagi sekarang ni?nk buat 6 copy ni.
ReplyDeletehard cover/soft cover binding tesis master,degree,phd
ReplyDeletekedai berdekatan dengan kampus universiti malaya
untuk maklumat lanjut hub 017 312 7875 zul
hard cover/soft cover binding tesis master,degree,phd
ReplyDeletekedai berdekatan dengan kampus UTM KL
untuk maklumat lanjut sila hubungi KL Printing 0322028757
Assalam/Selamat sejahtera. Kedai dekat serdang tu wujud lagi ke?
ReplyDeleteWujud lagi kedai kt upm tu, or lebih dikenali as flat ikan. Dah makin maju. Murah and under 24 hr siap. Tapi kalo musim submition, paling lama 2 hari (itu org kedai ckp but usually still in one day). Dorg ckp mcm just precaution je.
ReplyDeletekedai tu nama apa ye? yang paling ok dan murah. tq
Delete