Sunday, 23 December 2012

Berserak secara rawak

rawak.

dalam makna kata bahasa penjajah, RANDOM.

banyak benda yang jadi modal tulisan, adalah perkara yang rawak sahaja. hidup aku tak berapa menarik untuk ditulis sebagai cerita kepada orang lain.

hidup aku tak menarik macam Rosmah Mansor sampai ada orang nak tulis buku tentang dia, dan jual. walaupun dengar khabarnya harga buku biografi diri Rosmah Mansor lebih mahal hampir 2 kali ganda berbanding buku biografi Dr. Mahathir. tapi apa aku pedulik. Rosmah Mansor tak amik degree. dia tak hidup susah payah macam rakyat marhaen macam aku ni. dia mana tau macam mana susahnya hidup aku nak survive selepas aku tamat pengajian.

maka, suka hati dia lah nak tulis buku apa pun. selagi dia rasa kisah hidup dia berbunyi menarik untuk diceritakan, terpulanglah kepada dia. Tapi, setakat ni, aku tak rasa kisah hidup aku menarik sangat untuk dibuku atau diabadikan di dalam blog kepunyaan siapa-siapa. waima untuk blog aku sendiri pun.

hoi..!! bila masa aku kata aku dengki kat Rosmah Mansor. cakap baik sikit eh.

perkataan DENGKI mahupun DENGKIL tak pernah terlintas di dalam hati aku. cuma perkataan DENGKIL di signboard sering aku lintasi setiap kali aku hendak pulang ke kampung halaman.

aku berhati baik berniat murni orangnya. tak pernah dengki kat sesiapa. SUMPAH~!

ok, berbalik kepada cerita asal.

aku tak tahu nak cerita apa lagi. kadang-kadang tulis blog ni best jugak. sebab aku boleh taip dan tak menulis guna pen di atas kertas. perlu taip je. pastu edit2 sikit, letak gambar dan publish! kerja zaman sekarang. senang belaka.

tapi yang tak bestnya tulis blog ni adalah bila gambar ko tiba-tiba hilang sebab phone ko tersychronize dengan email dan blog dan picasa dan memacam lagilah. lantas menyebabkan gambar-gambar yang berlambak2 sejak zaman baby lagi sudah hilang begitu sahaja. tahi sungguh tahu!

kini aku berazam, untuk menghapdet blog, walaupun aku malas. memang aku malas. aku mengaku.

FYI, gambar poster di atas adalah hasil nukilan aku tahun 2011 yang lepas. aku guna painting by number dan kalerkan poster tu guna cat minyak. tengok betul2, kan ada nama aku kat atas poster tu kan. haha *gambar pun rawak jugak*


sekian, terima kasih.


Sunday, 16 December 2012

minggu yang penat

bulan disember bulan orang kahwin. biasalahkan. memang pun.

banyak benda-benda yang berkaitan dengan perkahwinan berlegar-legar dalam jadual hidup aku bulan november dan disember ni.

pada waktu entry ni ditulis, aku baru je sampai dari LCCT tengahari tadi. aku ke Kelantan untuk majlis perkahwinan sahabat baik aku, Wan Husna di sana. 4 hari 3 malam aku di Kelantan. sempat jalan-jalan sikit je. sebab cuaca hujan. tambahan pulak masa yang pack. tahniah buat husna dan pasangannya, hayyul. 

kami berlima dari sini ke kelantan untuk husna 

tahniah hayyul dan husna.

ok. selesai cerita pasal orang kahwin.

rajin betul pergi orang kawin. sampai ke kelantan pun sanggup. waima tuan punya badan sendiri tak kahwin-kahwin lagi. bila orang tanya, "bila ko nak menikah?", aku cuma mampu jawab, "doa-doakan lah ye".

hari ini hari ahad. esok isnin pagi2 lagi aku kena gerak ke melaka. ada bengkel retreat katanya. sengal sangat. tapi kerana mencari rezeki yang halal, aku rela dan redha.. huhu

ok lah. nak kemas baju. baju kotor dari kelantan dah berlambak. tambah pulak nak ke melaka ni. tambah baju kotor lagi lah nampaknya..

untuk husna dan hayyul, toya dan hafiza; selamat pengantin baru. semoga kekal hingga ke akhir hayat. semoga berbahagia sentiasa. Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair. amin.

Thursday, 13 December 2012

Kedramatikkan kisah itu

Assalamualaikum pembuka bicara

nama blog aku memang dramatik. kerana atas dasar kecewa jugalah aku menubuhkan blog yang baru ni. kecewa sebab gambar-gambar dalam blog terdahulu aku hilang sebegitu sahaja. selepas hampir 4 tahun aku mengembeleng tenaga, selamba derk je dia hilang. ini semua gara-gara pemakaian android dan kaitannya dengan synchronize akaun gmail. jangan tanya aku kenapa dan bagaimana. kerana tidaklah ku tahu apa jawapannya.

oh, ya. tarikh hari ni 12 Disember 2012. bersamaan dengan tarikh cantik 12.12.12..

tapi, apa ada pada tarikh cantik.

setiap hari ada je keistimewaan masing2. terpulanglah pada kita nak mencantikkan atau tak tarikh tersebut. tapi kalau dapat tarikh cantik mana, solat 5 waktu tak cukup tak guna jugak!

ok, sampai sini saja kata-kata aluan. Insyallah, kalau aku rajin, nanti aku update story lagi.

sekian, terima kasih.