dalam makna kata bahasa penjajah, RANDOM.
banyak benda yang jadi modal tulisan, adalah perkara yang rawak sahaja. hidup aku tak berapa menarik untuk ditulis sebagai cerita kepada orang lain.
hidup aku tak menarik macam Rosmah Mansor sampai ada orang nak tulis buku tentang dia, dan jual. walaupun dengar khabarnya harga buku biografi diri Rosmah Mansor lebih mahal hampir 2 kali ganda berbanding buku biografi Dr. Mahathir. tapi apa aku pedulik. Rosmah Mansor tak amik degree. dia tak hidup susah payah macam rakyat marhaen macam aku ni. dia mana tau macam mana susahnya hidup aku nak survive selepas aku tamat pengajian.
maka, suka hati dia lah nak tulis buku apa pun. selagi dia rasa kisah hidup dia berbunyi menarik untuk diceritakan, terpulanglah kepada dia. Tapi, setakat ni, aku tak rasa kisah hidup aku menarik sangat untuk dibuku atau diabadikan di dalam blog kepunyaan siapa-siapa. waima untuk blog aku sendiri pun.
hoi..!! bila masa aku kata aku dengki kat Rosmah Mansor. cakap baik sikit eh.
perkataan DENGKI mahupun DENGKIL tak pernah terlintas di dalam hati aku. cuma perkataan DENGKIL di signboard sering aku lintasi setiap kali aku hendak pulang ke kampung halaman.
aku berhati baik berniat murni orangnya. tak pernah dengki kat sesiapa. SUMPAH~!
ok, berbalik kepada cerita asal.
aku tak tahu nak cerita apa lagi. kadang-kadang tulis blog ni best jugak. sebab aku boleh taip dan tak menulis guna pen di atas kertas. perlu taip je. pastu edit2 sikit, letak gambar dan publish! kerja zaman sekarang. senang belaka.
tapi yang tak bestnya tulis blog ni adalah bila gambar ko tiba-tiba hilang sebab phone ko tersychronize dengan email dan blog dan picasa dan memacam lagilah. lantas menyebabkan gambar-gambar yang berlambak2 sejak zaman baby lagi sudah hilang begitu sahaja. tahi sungguh tahu!
kini aku berazam, untuk menghapdet blog, walaupun aku malas. memang aku malas. aku mengaku.
FYI, gambar poster di atas adalah hasil nukilan aku tahun 2011 yang lepas. aku guna painting by number dan kalerkan poster tu guna cat minyak. tengok betul2, kan ada nama aku kat atas poster tu kan. haha *gambar pun rawak jugak*
sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment