Sunday, 16 December 2012

minggu yang penat

bulan disember bulan orang kahwin. biasalahkan. memang pun.

banyak benda-benda yang berkaitan dengan perkahwinan berlegar-legar dalam jadual hidup aku bulan november dan disember ni.

pada waktu entry ni ditulis, aku baru je sampai dari LCCT tengahari tadi. aku ke Kelantan untuk majlis perkahwinan sahabat baik aku, Wan Husna di sana. 4 hari 3 malam aku di Kelantan. sempat jalan-jalan sikit je. sebab cuaca hujan. tambahan pulak masa yang pack. tahniah buat husna dan pasangannya, hayyul. 

kami berlima dari sini ke kelantan untuk husna 

tahniah hayyul dan husna.

ok. selesai cerita pasal orang kahwin.

rajin betul pergi orang kawin. sampai ke kelantan pun sanggup. waima tuan punya badan sendiri tak kahwin-kahwin lagi. bila orang tanya, "bila ko nak menikah?", aku cuma mampu jawab, "doa-doakan lah ye".

hari ini hari ahad. esok isnin pagi2 lagi aku kena gerak ke melaka. ada bengkel retreat katanya. sengal sangat. tapi kerana mencari rezeki yang halal, aku rela dan redha.. huhu

ok lah. nak kemas baju. baju kotor dari kelantan dah berlambak. tambah pulak nak ke melaka ni. tambah baju kotor lagi lah nampaknya..

untuk husna dan hayyul, toya dan hafiza; selamat pengantin baru. semoga kekal hingga ke akhir hayat. semoga berbahagia sentiasa. Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair. amin.

No comments:

Post a Comment